Penyakit HIV/AIDS yang sedang menular pada hari ini sangatberbahaya kepada generasi baru dan masa depan negara. Penyakit ini berpotensiuntuk menjadi pembunuh utama jika ia tidak ditangani secara berkesan khususnyadengan menyekat punca atau akar umbi kepada penyakit ini. Kita menyedari HIV/AIDSberpunca daripada kegiatan tidak bermoral iaitu zina dan seks bebas dan penagihandadah. Kes-kes yang melibatkan pemindahan darah dan bayi dalam kandungan, ibudan bapa menghidap HIV/AIDS boleh menyebabkan kes ini terjadi. Tetapi kes yangmelibatkan kes bebas dan dadah adalah seumpama mencampakkan diri ke lembahkebinasaan.Kempen-kempen untuk menyedarkan masyarakat tentang penyakit ini sudahbanyak dibuat oleh kerajaan. Kita ucapkan terima kasih di atas kempen-kempen initetapi kita kesal juga kerana kerajaan seolah-olah tidak bersungguh-sungguh untukmemerangi gejala ini dengan menghapuskan akar umbinya. Kita sedar punca utamanyaialah seks bebas dan dadah kerana Kementerian Kesihatan mencadangkan supayajarum dan kondom percuma dibekalkan kepada kedua-dua golongan ini. Pada saya,jarum dan kondom percuma bukan jawapannya. Kita boleh memperuntukkan sejumlahwang tambahan untuk memberi jarum dan kondom percuma tetapi apakah itu kita pastiia boleh menyelesaikan masalah.Jika kondom dibekalkan kepada penzina, ini bermakna kita menggalakkan rakyatberzina. Dalam apa keadaan sekalipun, mana-mana agama melarang
perbuatanberzina. Kita sepatutnya mencegah rakyat daripada berzina untuk mengatasi masalahini dan bukannya membekalkan kondom untuk membolehkan mereka berzina denganselamat. Kita boleh berhujah bahawa kondom hanya dibekalkan kepada mereka yangberkahwin sahaja tetapi biasanya penghidap HIV ataupun AIDS ini mengamalkan seksbebas, bukannya suami isteri yang sah.Bagi penagih dadah, mungkin kondom boleh menghalang HIV/AIDS menjangkitiisteri atau anaknya, tetapi kita tidak pasti setakat mana orang-orang yang sedangberkhayal dadah ini boleh berfikir waras untuk menggunakan kondom bagimenyelamatkan keluarga mereka. Jarum-jarum percuma kepada penagih dadah jugabelum tentu akan menyelesaikan masalah mereka kerana kita tidak mendaftarkanpenagih dadah seperti mendaftarkan pengundi. Maka, ada penagih yang mendapatjarum percuma tetapi tidak mustahil jika rakan-rakan mereka juga tidak mendapat jarumpercuma dan meminjam.Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks ini, saya melihat bahawa kerajaansepatutnya mengambil langkah yang lebih komprehensif dengan menangani masalahmasyarakat di peringkat akar umbi. Budaya hedonisme yang melampau, pembukaankelab malam dan bar-bar secara berleluasa menjadi sarang pengedaran dadah jenissyabu dan berlakunya unsur-unsur merapati zina. Kita melihat kegiatan hiliran yangberlaku selepas waktu konsert yang liar misalnya, anak muda berlumba haram, bergaulbebas lelaki dan perempuan, minum minuman keras, menghisap dadah, berzina dansebagainya. Kerana itulah sarang-sarang maksiat ini mesti diambil tindakan yang tegasdan kita juga menentang desakan mana-mana kumpulan yang membantah penguatkuasaan ini iaitu
Undang-undang Akhlak ataupun Moral Policy.Bahkan sebagai akhirnya, sebagai seorang Islam, sayamencadangkan sebagaimana yang kita bahaskan sepanjang petang ini kepada kerajaansupaya menerima pelaksanaan hukum Islam bagi mengatasi masalah ini. Islam telahmenetapkan hukum bagi penzina dan juga orang-orang yang mengambil sesuatu yangmemabukkan arak dan dadah. Kita tidak boleh menganggap zina dan dadah ini sebagaihak individu kepada masyarakat menanggung bebannya. Kita mesti berani untukmengaplikasikan undang-undang Islam bagi membendung gejala HIV dan AIDS iniselain terus mempertingkatkan kempen-kempen kesedaran dan membantu mangsamangsayang sedia ada. Adalah lebih baik peruntukan untuk memberi jarum dankondom ini digunakan untuk membantu pesakit-pesakit kronik yang lain daripada terusmembazir untuk sesuatu yang tidak akan pasti.

No comments:
Post a Comment