Tuesday, October 7, 2008

Hari Raya Tanpa Si Dia..


Genap 1 Syawal, umat Islam menyambut hari kemenangan selepas sebulan menangunggung lapar dan dahaga... tp bebedanya dengan aku, pada 30 hb September jam 6.00 ptg, berlepasnya aku dari Terminal 1 ke Johor, tempat tumpah darahku...perasaan pada masa tu, happy berbaur sedih kerana dapat membuat persiapan di saat tibanya Syawal... Allahdulilah, akhirnya aku tiba di Perhentian Bas Bentayan, Bandar Muar.... Almaklum lah, name pun nak raya kan, so banyak la kenderaan yang menyusuri sepanjang Jambatan Sultan Ismail tu, tambahan pula suasana hujan renyai2 yang membuatkan perjalanan agak sukar,...tapi semangat nak beraya tu ada, so aku tak kisah.... dalam beberapa minit, kenderaan bernimbor flat BCR 696 pun datang menyambut kepulangan ku.. aku pun dibawa pulang dengan merentasi jalan2 yang dipenuhi lampu2 gemerlapan yang menyambut kedatangan Syawaletibanya aku dihalaman rumah, wahhhh!!!!  bergitu terkejunya aku... hahahhah,...pelita yang dipasang tersusun rapi disekeliling rumah....ahhh tidak ku sangka, walaupun ketiadaan aku, famili aku boleh menbuktikan bahawa mereka boleh melakukannya tanpa aku!! Go! Go! Go!.... Tanpa membuang masa, aku terus melangkah kakiku kedalam rumah smabil menyusun tanganku menyalam ibu kesayanganku... wahhh!! Not bad, semua persiapan dalam rumah sudah pun tersedia... Aku pun terus melabuhkan punggung diatas kerusi kayu antik sambil menonton Astro....kebetulan plak rancangan favourite aku...TOM-TOMBAK!! hahahha... Macam budak2 aku ni, tp itu la aku....
Hari raya yang pertama, seawal jam 7, aku bangun, mandi dan bersiap2 nk ke masjid utk sembanyang raye.... (macam tak percaya plak!!! hahaha tp tu realiti o.k!! ) lepas je balik dari sembahyang, aku pun makan ketupat!!! hmmm... enak banget sih....tp sayangnye, taun ni ketupat takde serunding...hmmmm..Lepas makan aku bersama famili pergi ke uma nenek untuk beraya....

No comments: